Followers

Monday, January 6, 2020

Motivasi: Memaafkan bukan kerana salah tetapi kerana anda bukan si pemusuh

Hai teman-teman, adakah anda pernah membenci seseorang sehingga menimbulkan kebencian dalam hati? Tahukah anda bahawa sifat benci itu adalah penyakit batin yang boleh mendatangkan kesan tidak baik secara mentaliti? Mungkin tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi amat menganggu ketenangan hati anda dan memberi impak negatif kepada kehidupan atau pekerjaan harian. 

Kerana benci, anda mengelak untuk berjumpa dengan sesiapapun yang berkaitan dengan orang yang anda benci, anda pendamkan kebencian dalam hati menyebabkan anda tidak tenang dalam melaksanakan pekerjaan. Teman-teman, ada lebih baik anda dengan ikhlasnya meminta maaf atau memaafkan kerana setiap kata maaf itu meringankan beban dalam mental anda. 

Siapa tahu esok hari, orang yang kamu benci itu adalah orang yang menyayangi kamu, peduli kamu dan membantu kamu dalam kesulitan. Kita semua tidak tahu bila masanya untuk kita hidup di dunia ini. Entah-entah esok tanpa sempat meminta maaf kita suda dipanggil oleh yang Maha Esa. Dosa nanti bagaimana untuk kita jawab? Takkan kita jawab ya Tuhan saya minta ampun sebab tidak sempat meminta maaf. Sebenarnya, ada banyak masa untuk diberi bagi memaafkan atau minta maaf dengan setiap perbuatan yang kita rasa telah menyakiti atau disakiti orang lain cuma hati sendiri begitu keras untuk tidak memberi atau meminta kemaafan. 

Siapa anda untuk membenci sesama manusia? Anda lahir ke dunia ini tanpa sehelai baju pun, begitu juga nanti kembali kepada pencipta, anda adalah kosong. Ingat teman-teman, memaafkan itu tidak mahal dan tidak memalukan tetapi menunjukkan sifat terpuji dan kredit untuk masuk ke Syurga.

Motivasi untuk kita semua. Semoga mendapat keberkatan dan kekuatan diri untuk memberi atau meminta maaf kepada orang yang anda benci, menyakiti anda dan yang anda sakitkan hatinya. Ingat, Tuhan melihat setiap perbuatan dan hati setiap insan ciptaannya.

2 comments:

Please drop a comment if any. Thank you for your time to read my article. Enjoy your reading and get inspired.