Selamat pagi gaissss...
Sambil bergembira dalam musim perayaan ini, jangan lupa bahawa ada seseorang yang nampak bahgia tetapi hati hancur, menangis, menyesal dan terseksa. Kenapa? Pernah ka kamu terfikir bahawa setiap pasangan tidak kira suami isteri, boyfrien girlfriend, tunang dan sebagainya pasti akan mengalami fasa-fasa yang sukar untuk berkomunikasi, yang ada cuma benci dan marah. Terpulang kepada pasangan itu bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang mungkin menuju ke arah kebahagiaan atau kehancuran kepada hubungan tersebut. Ok, saya cukup berminat untuk berkongsi terhadap kehidupan seorang wanita (nama dirahsiakan) yang amat menyedihkan dan boleh menjadi inspirasi kepada pasangan-pasangan di luar sana:
Saya seorang perempuan yang sederhana dalam segala hal. Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang saya kenali tidak lama sebelum memutuskan untuk berkahwin dengannya. seawal perhubungan, saya buta kerana cinta dan saya melihat dia lah lelaki terbaik yang boleh menjaga hati dan nyawa saya. Setelah berkahwin dan hubungan kami suda hampir 5 tahun, kami dikurniakan 3 orang anak. Dari anak yang sulung, satu demi satu perangai yang saya tidak duga keluar tetapi saya cukup untuk bersabar. Anak pertama, semasa mengandung dia berjumpa dengan perempuan lain, berhubung dengan kekasih lama dia..saya tahu tetapi saya diamkan dan menangis. Bukan itu sahaja, segala sumpah serakah saya terima sekiranya saya bertanya dan cuba meminta kepastian. Begitu juga apabila anak kedua lahir. Apabila petang, dia keluar konon2 mahu jumpa kawan2 tapi esok awal pagi baru balik rumah. Bila kena call tidak angkat telefon...kamu pasti pernah rasa perasaan seorang ibu yang mengandung dan kena jaga satu anak kecil lagi bila tahu suami tidak peduli...oh Tuhan, kau macam mau bunuh diri dan seperti ingin melakukan perkara yang boleh mengancam nyawa sendiri. Tapi syukur, hati begitu kuat untuk bertahan dan bersabar.
Anak ketiga, benda yang sama namun kesabaran melebihi dari segalanya. Apabila anak-anak semakin membesar, kekuatan hati itu semakin teguh dalam diri saya. segala apa suami saya buat, saya sudah tidak kisah. Saya lebih suka bergaul dengan ramai kawan2 saya terutama di media sosial. Dengan cara itu, saya tidak ada masa untuk memikirkan sikap suami saya sehingga saya dianggap ada lelaki lain dari hidup saya. Kalau bertanya tentang hati, yaa..saya suda tawar hati dan saya tidak kisah. Yang menguatkan hati saya adalah anak-anak saya. Saya sering meminta cerai tetapi dia tidak melepaskan sehingga dia betul2 nampak saya bersama lelaki lain. Saya sejujurnya mempunyai ramai kawan tetapi tidak pernah terlintas di fikiran untuk curang dalam perkahwinan. Tetapi suami saya mendesak seolah olah saya mempunyai lelaki lain dan tunjukkan siapa lelaki itu. Hidup saya stress, geram benci...kalau saya ini perempuan yang tidak baik, kenapa tidak ceraikan saja? sampai ke mati la dia mau lihat saya dengan lelaki lain. Selagi ikatan perkahwinan itu ada, saya masih berada di bawah jagaan suami. Tetapi selama berkahwin tidak pernah saya di jaga atau rasa selamat. Saya cuma makan sumpah serapah..kalau boleh suami saya mau pukul terajang dan kasi hancur semua harta benda tetapi tidak sampai.
Ada satu masa suami mabuk dan balik rumah. Mula la dia mengungkit duit2 dia yang dia bagi dengan saya, membuat cerita pasal konon2 saya ada skandal dan sebagainya. Saya tidak tahan hati, saya jawab. Dia mula menjadi gila seperti kerasukan. Mulut tidak berhenti cakap SIAl, MAMPUS dan segala magic words keluar dari mulut. Nasib baik anak2 suda tidur, kalau tidak otak mereka secara auto menangkap segala kata2 kotor dia. Dia menumbuk dinding dan kalau boleh dia mau kasi hancur tu rumah. Saya malas mau peduli dan apa dia mau buat, saya tunggu dan saya bersedia untuk membuat laporan polis. Dia berdiri tendang sana sini, ambil tali pinggang dia seolah olah dia mau memukul tapi mungkin tidak jadi bila melihat anak bongsu bersama saya. Sebetulnya saya suda bersedia untuk semua itu. Hati bertambah hancur, jangan cakap pasal perasaan cinta...hilang sepenuhnya. Saya bagaikan tiada perasaan dan tidak kisah dengan apapun. Saya merasa hidup seperti dalam neraka jahanam tetapi saya masih boleh bersabar. Saya meminta cerai dengan dia tapi alasan dia simple. Dia mau saya buktikan yang saya ada lelaki lain dlm hidup saya. Saya berkata pada diri saya, kau mati pun selagi kau tidak putuskan ikatan perkahwinan, kau xkan nampak saya bersama lelaki lain tetapi kalau saya suda betul2 tidak mampu bertahan, biarlah saya uruskan sendiri surat cerai.
Sekarang, hati saya kosong. Saya cuma ingat masa depan saya, kerjaya saya dan anak2 saya. Baru saya terfikir bahawa salah memilih pasangan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang kita impikan. Tidak apa untuk berkahwin lambat asalkan hati budi pasangan itu harus dikenal sebelum membuat keputusan bersama. Yang paling penting, hubungan mesti direstui keluarga kerana keluarga boleh menilai seseorang pasangan itu adalah baik dan membahagiakan hidup kita. Penyesalan di hari2 kemudian sudah terlambat tetapi untuk membina hidup yang baru, kena mula dari bawah. Membentuk diri dan memikirkan hal2 yang terbaik. Jangan menjadi seperti saya, jadikan pedoman kepada anda dalam memilih pasangan. Kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju kebahagiaan hidup. Kenali pasangan anda, kenali tingkah laku, kenali sifat sebelum ingin bersama.
Naaaa...teman-teman yang masih bujang-bujang, ingat...mencari pasangan bukan macam petik jari sepuluh datang. Kenali betul2 sebelum membuat keputusan. Jangan sampai penyesalan yang kita rasa di kemudian hari. Kepada yang mengalami keadaan yang kawan saya alami ini, move on. Perjalanan masih jauh, harapan cerah masih ada, teruskan maju dan jangan putus asa. Tinggalkan yang pahit dan bina hidup baru.
Sekiannnnn....sila follow blog ini untuk cerita-cerita yang menarik.
😊😊😊
ReplyDeleteHahaha...Thanks support blog sy artis donny
DeleteHermmm.... sa tau
ReplyDeleteuishhhh...hahahah
Delete