Followers

Wednesday, January 29, 2020

Agent topup, pendapatan sampingan yang boleh dipraktikkan

PROMOSI LAGI��

BERMINAT nak jadi AGENT TWINTOPUP untuk jual reload / nombor pin / bayar bill?
Reload Indonesia/Myanmar dan Pakistan

✳ YURAN DAFTAR AGENT TOPUP ✳

LEVEL 1 ➖ RM10 (AGENT) ⭐
LEVEL 2 ➖ RM15
LEVEL 3 ➖ RM20
LEVEL 4 ➖ RM25
LEVEL 5 ➖ RM30 (DEALER)��
LEVEL 6 ➖ RM35
LEVEL 7 ➖ RM40
LEVEL 8 ➖ RM45
LEVEL 9 ➖ RM50 (MASTER)✨
( FREE SIMKAD FREE POS)

LEVEL 10 ➖ RM100 (MASTER NEGERI)⭐
( FREE SIMKAD FREE POS)

�� Pendaftaran yuran sekali seumur hidup
�� Upline boleh daftar downline agent
�� Boleh upgrade level ke lebih tinggi
�� Setiap level keuntungan percent berbeza
�� Minimum modal RM5 untuk permulaan

✳ KEUNTUNGAN AGENT TOPUP ✳
◼ UNTUNG jual topup!
◼ UNTUNG daftar downline agent!
◼ UNTUNG downline agent jual topup!

✳ KIRAAN KEUNTUNGAN ✳
RM10 x 5.00% = RM0.50 (celcom level 9)

Modal Dalam Akaun = RM10.00
Harga Jual Topup = RM10.00
Harga Bayar Syarikat = RM9.50
Keuntungan Bersih = RM0.50

Kalau 10 orang? 100 orang sehari? beli topup?

✳CARA JUAL TOPUP ✳
�� Guna format kod dan hantar ke server
◼ SMS, Whatsapp, Telegram, Facebook, dll.

✳ MODAL PERNIAGAAN ✳
◼ Modal perlu ada untuk jualan
◼ Tambah modal jualan jika habis

✳ PERMULAAN BAYARAN ✳
◼ YURAN PAKEJ LEVEL + MODAL JUALAN
�� Yuran adalah untuk buka akaun (sekali sahaja untuk permulaan)
�� Modal adalah untuk jualan topup. Habis modal kena tambah semula.
��Bayar lebih dijadikan modal untuk jualan

�� BANK IN/TRANSFER untuk YURAN DAFTAR DAN MODAL JUALAN serta TAMBAH MODAL JUALAN

�� Berminat? �� https://web.whatsapp.com/60139082513

Friday, January 24, 2020

Perintah gaji minimum berkuat kuasa 1 Februari 2020

Menurut warta kerajaan yang dilihat BH, perintah itu menetapkan kadar gaji minimum baharu bagi majlis bandar raya dan majlis perbandaran adalah RM1,200 atau RM5.77 sejam.

Bagi kawasan selain Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, kadar ditetapkan pula adalah RM1,100 atau RM5.29 sejam.

“Perintah ini tidak terpakai bagi perkhidmatan domestik sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955, subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sabah (bab 67) dan subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sarawak (bab 76).
“Dalam perintah ini, ‘tempat kerja’ mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955, subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sabah dan subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sarawak,” menurut warta berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.
Kenyataan itu susulan pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar utama.
Beberapa kesatuan termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan kadar gaji minimum ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

SITUASI TERKINI JANGKITAN INFLUENZA DI MALAYSIA - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2020 bahawa jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun, KKM sentiasa memantau trend aktiviti influenza mahupun kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan melalui sistem pelaporan sedia ada daripada lokasilokasi sentinel yang telah dikenalpasti di seluruh negara.

Berdasarkan analisa semasa bagi trend aktiviti influenza yang meliputi kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI), adalah didapati ianya masih merekodkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Namun, aktiviti survelan makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh tidak mengesan sebarang kelainan atau perubahan/mutasi pada virus influenza yang menular pada ketika ini. Peningkatan trend yang direkodkan adalah melibatkan virus influenza sedia ada. 

Bagi minggu kedua tahun 2020 yang berakhir pada 11 Januari, berikut dikemukakan status terkini mengenainya berdasarkan aktiviti survelan influenza yang dijalankan oleh KKM: i. Kadar konsultasi kes ILI adalah 4.02%, iaitu peningkatan berbanding 3.73% yang direkodkan pada minggu sebelumnya mahupun 3.88% yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2019; 2 ii. Kadar kemasukan kes SARI ke wad adalah 5.23%, iaitu peningkatan berbanding 4.92% yang direkodkan pada minggu sebelumnya mahupun 4.60% yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Seterusnya, jumlah kumulatif wabak jangkitan salur pernafasan yang dilaporkan pada tahun ini sehingga 18 Januari 2020 (iaitu Minggu Epid 3/2020) adalah sebanyak 186 wabak, berbanding 11 wabak yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

 Untuk makluman, KKM secara berterusan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memantau situasi kejadian influenza melibatkan institusi pendidikan. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Januari 2020; sebagaimana berikut: 

KPM mempunyai mekanisma pemantauan serta pelaporan di semua institusi pendidikan yang membolehkan KPM mendapat maklumat yang tepat sepanjang masa. Walau bagaimanapun, statistik rasmi mengenai jumlah murid yang disahkan menghidap influenza hanya boleh disahkan dan dikeluarkan oleh KKM.” 

Majoriti pelaporan kejadian jangkitan saluran pernafasan yang diterima oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM untuk tiga (3) minggu pertama tahun 2020 adalah melibatkan institusi pendidikan. Antara faktor penyumbang kepada situasi ini adalah penularan virus influenza yang mudah berlaku di tempat padat seperti di sekolah, di mana murid-murid bergaul rapat sesama mereka sepanjang sesi persekolahan. Namun, KKM ingin menegaskan bahawa kesemua wabak yang dilaporkan berlaku di institusi pendidikan berada dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah kawalan serta pencegahan telah dilaksanakan. Setakat ini hanya dua (2) buah sekolah sahaja ditutup akibat penularan jangkitan influenza, iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak (mulai 11-19 Januari 2020) dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru, Sabah (mulai 22-28 Januari 2020). Manakala penutupan kelas pula dilaksanakan oleh tiga (3) buah sekolah di Pulau Pinang; yang setiap satu daripadanya melibatkan 3 pelbagai tempoh masa yang berlainan antara satu dengan yang lain iaitu hasil perbincangan antara pihak Pejabat Kesihatan dan pihak sekolah yang terlibat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak KKM dalam memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan influenza di sekolah dilaksanakan. Di peringkat lapangan, beberapa sesi perjumpaan townhall telah dijalankan khususnya sekolah-sekolah yang terlibat dengan kejadian wabak berkaitan. Sesi townhall di peringkat kebangsaan juga akan diadakan dalam masa terdekat, sebaik sahaja beberapa perincian mengenai penganjurannya dimuktamadkan oleh KPM. 

KKM memahami kebimbangan orang awam mengenai isu ini. Namun, KKM ingin memaklumkan bahawa tidak semua demam selsema adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza. Lazimnya, pesakit dengan jangkitan influenza sembuh tanpa sebarang rawatan spesifik. KKM juga ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer, rehat secukupnya, memastikan diri sentiasa terhidrat dan dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat. Orang awam juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada sebarang produk yang meragukan terutama yang dikatakan dapat merawat jangkitan influenza seperti yang digembar gemburkan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab. 

Untuk makluman, sejumlah 99,470 dos vaksin influenza dijangka akan dibawa masuk pada bulan ini. Daripada jumlah besar tersebut: 

i. Sebanyak 16,839 dos telah lulus penilaian kualiti oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara 
  (NPRA) pada 21 Januari 2020 dan pihak pembekal akan mengagihkan stok ini ke fasiliti-fasiliti 
  yang memohon; 
ii. Sejumlah 15,000 dos telah tiba di Malaysia dan akan melalui penilaian kualiti dalam masa 
   terdekat; 
iii. Baki selebihnya sebanyak 67,631 dos akan tiba sekitar penghujung bulan Januari 2020. 

Pada masa yang sama, sejumlah 35,100 dos vaksin influenza daripada pembekal alternatif juga telah dibawa masuk ke Malaysia pada minggu ini bagi menampung keperluan semasa. 

Buat masa ini, pembekalan ubat antiviral Oseltamivir di fasiliti KKM yang dibuat melalui syarikat konsesi adalah mencukupi untuk menampung peningkatan semasa. Program Perkhidmatan Farmasi akan terus membuat pemantauan terhadap kedudukan stok di peringkat fasiliti KKM dan juga pihak pembekal. Pihak KKM juga telah meluluskan hampir 1.4 juta kapsul / tablet bagi tempoh Disember 2019 hingga 20 Januari 2020 melalui pembekal alternatif untuk memenuhi permintaan fasiliti kesihatan swasta. Kuantiti ini dianggarkan dapat merawat sejumlah 140,000 orang pesakit. Walau bagaimanapun, KKM ingin menegaskan bahawa hanya pesakit influenza yang tertentu sahaja perlu dirawat dengan ubat antiviral. Pemberian ubat antiviral adalah berdasarkan penilaian klinikal yang dijalankan oleh doktor yang merawat. Ubat antiviral ini tidak boleh diberikan dengan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan daripada berlakunya kerintangan (resistance) kepada ubatan tersebut. Antara indikasi penggunaan ubat antiviral adalah melibatkan pesakit dengan gejala jangkitan respiratori akut yang teruk (severe acute respiratory illness), pesakit yang keadaan kesihatannya semakin merosot akibat jangkitan influenza dan golongan yang berisiko mengalami komplikasi akibat jangkitan influenza; iaitu kanak-kanak berusia lima (5) tahun dan ke bawah, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik (seperti kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain). 

KKM menyeru semua pihak mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang awam. Maklumat yang sahih ini boleh didapati daripada pihak KKM di laman sesawang atau platform media sosial rasmi KKM. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan melalui talian infoline CPRC KKM di 03 8881 0200 atau 03 8881 0600 atau melalui e-mel kepada cprc@moh.gov.my. 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
21 JANUARI 2020

Tuesday, January 21, 2020

Minat jadi agen Topup? Bisnes sampingan yang mudah dan hanya melalui aplikasi mesej.

Saya adalah agen yang sah dan menjual topup sebagai pendapatan sampingan. Mahu jadi agen?

Whatsapp saya di nombor 013-9082513 https://web.whatsapp.com/60139082513

Nak buat bisnes yang simple dengan modal yang rendah tetapi laku keras??

Jangan fikir panjang meh join agent topup dengan #twintopup sekarang. Yuran pendaftaran sangat murah berbanding syarikat lain. Kenapa saya kata agent topup ni bisnes yang simple tapi sangat laku??

👉 Yuran pendaftaran min RM10 & sah untuk seumur hidup
👉 Sesiapa sahaja boleh join, tiada syarat & had umur
👉 Hanya menggunakan handphone yang sedia ada & sistem 24 jam
👉 Modal anda tentukan sendiri
👉 Tak perlu maintain jualan
👉 Tak perlu berdaftar dgn SSM
👉 Tak perlu ada kedai/premis
👉 Tak perlu simpan stok
👉 Tak perlu pos barang
👉 Majoriti orang memerlukan (topup & bayaran bil)
👉 Boleh untuk kegunaan diri sendiri & orang lain


Dan banyak  lagi kelebihan bila join agent topup ni, jangan fikir panjang cepat pm sekarang😄
Guide 100% sampai agent faham👍

#twintopup #twintopupberjaya #agenttopup #agenttopupmurah #topup #topupmurah #agenttopupberjaya #agenttopupdiperlukan #agenttrusted #agentyuranmurah

TWINTOPUP: SERVER ALL RELOAD OPERATOR
http://twintopup.com/

Friday, January 10, 2020

Pengalaman seram - Adakah ia hantu? roh orang2 meninggal? menyerupai? (KISAH BENAR)

Saya mau berkongsi kisah pengalaman saya melihat benda yang saya tidak pasti apakah ia. Adakah dia roh orang-orang yang suda meninggal? hantu? syaitan yang menyerupai manusia? tidak dapat dipastikan ya sebab benda ni dialami secara tidak sengaja.

Kelibat wanita rambut ikal

Kalau saya tidak silap, first time nampak benda yang pelik la. Mungkin masa kecil dulu pernah nampak tapi kalau budak-budak mana ingat lagi. Inilah yang pertama saya lalui dan ingat sampai sekarang. Masa tu dalam umur tingkatan 5. Masa hujung tahun tapi tidak ingat apa tarikh, ramai orang datang rumah, kebanyakan keluarga la untuk berkumpul makan-makan dan minum-minum. saya tidak pasti sempena apakah keramaian tu. Dipendekkan cerita, dalam pukul 11 malam begitu, siok-siok duduk di kaki lima sambil tengok anti-anti dan ankol-ankol menyanyi, menari tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Bukan saya seorang saja duduk di kaki lima masa tu, ada ramai budak-budak juga sama-sama duduk. Ada rumah kami di sebelah tu masih dalam proses, belum siap. Jadi gelap gelita di luar. Saya rasa seram sejuk, saya toleh kawan-kawan yang lain semua rileks saja tiada reaksi apa-apa. Saya seperti ingin sangat menoleh ke luar (di rumah kosong yang sedang kana bikin) tapi pada masa yang sama rasa seram biarpun muzik kuat. Sekali saya menoleh ke luar, saya ternampak sosok perempuan lalu (limpas) di rumah kosong tu sambil tengok ke arah saya seperti sedang marah. Tajam mata dia tengok. Sekelip mata hilang. Perempuan tu sy nampak bahagian muka dia saja, berambut ikal hitam, kalau saya gambarkan memang cantik la tapi saya tidak pernah nampak dan reaksi muka nya sedang marah sambil berjalan. Dengan rasa takut, kembang bulu roma, terus saya masuk rumah dan tidak keluar lagi. Saya diam-diam saja. Sampai satu masa saya kasi cerita sama nenek saya.

Melihat kelibat orang yang suda meninggal dunia

Ni satu lagi kejajalan zaman budak-budak ni. O ya, ini yang first time saya nampak benda pelik. Yang di atas tu kelibat perempuan adalah yang kedua. Saya dulu jajal macam lelaki gaya saya. Kawan-kawan saya semua lelaki sebab kazen-kazen sebaya saya semua lelaki. Satu hari tu saya ikut kazen saya balik di kampung sebelah mama dia. Tu kampung sana daerah Ranau punya kawasan. Dulu kalau kampung ni guna lampu minyak tanah saja sebab belum ada bekalan elektrik. Di rumah nenek kazen saya tu ada keramaian di sebelah rumahnya iaitu rumah ankol kazen saya (adik kepada mama kazen saya). Bila malam suda, dalam pukul 9 atau pukul 10 begitu (x ingat), kami yang budak-budak ni main-main di rumah nenek tu. Mula-mula main biasa, lama-lama bercerita cerita hantu. Ada satu baju tergantung di sudut rumah nenek tu ada gambar wajah mendiang Datuk YB Gisin Lombut yang masa tu kira baru meninggal la. Ada ni satu orang ni kasi takut-takut dia bilang "naaa, tu datuk Gisin tingu kitaaaaa, jagaaaa" (dalam bahasa dusun) dia bilang. Sekali satu orang ketakutan dan lari keluar dari rumah, apalagi yang lain termasuk saya pun lari ketakutan. 5 tingkat tangga rumah nenek tu tidak suda terasa tinggi, terus lompat ke tanah semua dan berlari ke rumah sebelah yang ramai orang tu. Saya apa lagi, ketakutan, suda la gelap samar2 saja cahaya lampu tu...terus saya lari bertapuk di belakang satu ankol yang sedang minum-minum. Sekali saya pandang ke arah tingkap rumah yang ramai orang tu, saya nampak satu kelibat lelaki tua, ada janggut di jendela. Saya bagi tau tu anti sana, saya nampak tu orang tapi diorang tidak nampak apa-apa. Tu anti tanya saya, macamna tu orang kau nampak dia bilang. Jadi saya cerita la yang berjanggut, nampak tua sikit dan macam makan sirih. Tu anti terus cakap...eeehhh, tu arwah (tidak ingat suda apa nama dia sebut) mungkin tu yang baru meninggal minggu lalu. Kalau ada keramaian dia pun biasa datang dia bilang. Anti tu cakap, tu orang memang berjambang dan tua suda dn memang makan sirih. Naaa, sana saya duduk tidak keluar-keluar suda.

Kelibat perempuan naik di atas katil

Yang ini masa saya sekolah di satu institut pengajian tinggi. Masa tu saya baru pindah blok baru asrama. Tu blok yang saya pindah tu memang kuat la, cerita pun panas. Paling panas bila ada kena cerita tu blok dulu masa kena bikin, ada pekerja asing yang meninggal di sana kerana kemalangan masa bekerja. Jadi kos untuk mengurus mayat tu sangat tinggi, kos penghantaran pulang ke negara asal pun tinggi. Jadi ini management yang kontrak bangunan tu bincang dengan ahli keluarga pekerja yang meninggal tu untuk menguburkan saja jasad pekerja tu di bawah bangunan tu dan bagi duit sama keluarga pekerja itu. Saya memang tau tu cerita tapi saya tidak peduli sebab bukan saya seorang saja dalam bilik tu. Satu bilik ada 4 orang tapi bilik saya tu hanya dua orang saja. Hari pertama tidur di bilik, saya dengan kawan saya, tiada apa berlaku. Tapi klu tidak silap, hujung minggu tu kawan sebilik saya balik rumah dia jadi saya seorang la dalam bilik tu tapi saya tidak rasa takut. Biasa kalau malam, saya suka tutup lampu supaya saya boleh tidur. Tiba-tiba masa tidur tu saya rasa katil saya kana kasi goyang kuat macam mau tebalik suda dan saya rasa saya mau terjatuh suda. Sekali saya bangun betul2, tidak pula bergerak...saya sambung tidur lagi. Saya mengiring ke sebelah tangga katil (saya tidur di katil tingkat atas). Katil say bergoyang balik mcm sebelumnya...saya rasa badan tidak dapat bergerak, saya toleh di bahagia kaki, saya nampak seorang perempuan tengok saya, terus saya jadi takut..badan tidak boleh gerak, saya berusaha gerakkan kaki saya...mau teriak tidak dapat..saya nampak tu perempuan perlahan lahan mau naik tu katil di sebelah tangga (kaki saya)...Tuhan saja tau saya takut macamna masa tu, last-last ibu jari kaki saya berjaya saya gerakkan terus saya terbangun dan tingu balik, tiada sudahhhh...adooiiii, sejak hari tu, saya letak Bible saya sama Rosary dekat bantal saya. Tiada gangguan suda hihih.

Kelibat budak bermata merah

Yang ni cerita masa saya baru melahirkan anak pertama saya. Saya balik ke kampung di Kudat bersama suami saya. Masa tu masih dalam pantang. Jadi kalau kami balik kampung ni, kami kena suruh tidur di rumah baru di sebelah bawah. Rumah tu kosong kalau kami balik di kampung tapi dalam rumah tu memang luas dan nampak semua baru. Petang tu laki saya letak daun limau di tingkap. Tapi waktu tengah malam saya terbangun, laki pula tidur nyenyak. Saya tidak tau kenapa saya berperasaan takut hari tu..macam-macam bunyi saya dengar. Saya berusaha tutup mata tapi masih tidak dapat tidur Sampai saya rasa macam ada orang berjalan-jalan di pintu luar bilik kami. Tapi malas saya peduli, saya tutup mata, peluk baby saya. Tidak lama tu saya terlelap tapi tiba-tiba ada satu tangan budak pegang lutut saya...saya pakai sarung saja masa tu..bah, masa pantang kan mana boleh pakai seluar ketat-ketat. Saya nampak betul-betul tu tangan, saya rasa lagi kena sentuh lutut saya...saya berusaha tendang-tendang sebab tu budak macam mau ambil tu baby saya. Saya nampak betul tu budak kecil macam baby juga tapi mata merah. Bikin takuuuutttt...begegar saya. Terbangun saya dengan jantung berdegup kuat, saya tengok babay saya masih tidur, saya kasi bangun laki saya dan say cakap mau pindah pi sebelah dia, baby saya letak di tengah2 kami. Laki saya macam perasan ada something wrong dengam saya tapi dia tidak banyak cakap, dia ikut saja saya cakap. Tidak saya dapat tidur sampai pagi. Pagi baru saya cerita sama laki saya dan memang dia suda agak sebab dia pun terasa lain-lain malam tu. Adoooiiiii, macam2 la huuhuuhuhu.

Sebenarnya saya masih tidak faham samada pengalaman saya ni realiti ka atau mimpi. Masih berfikir sampai sekarang hahahah

Sajarah Tindakon Dazang, Kampung Terongkongan Kudat

Pantai Terongkungan terletak disebelah kiri utara Kudat dan ianya juga merupakan tapak-tapak sejarah pertahanan suku kaum rungus dahulu kala. Dikala orang asing mencerobohi kawasan pesisir pantai nenek moyang suku kaum ini akan menentang habis-habisan sehinggalah terjadinya penggal-memenggal kepala. Pahlawan Rungus dikatakan mempunyai Ilmu Kebal dan segala senjata lut ditangan mereka (Varo Tansamung om kikabalan). Namun pengamal ilmu kebal ini tertakluk kepada syarat dan perlu dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi maka maut akan menimpa pengamalnya contohnya tidak boleh bernafsu kepada perempuan dan tidak boleh khawin. Moyang saya iaitu adik kepada datuk ibu saya merupakan pengamal ilmu kebal ini dan sewaktu dia menanggalkan ilmu tersebut dalam dirinya kerana beliau berkeinginan untuk berkhawin hampir mati. Nenek saya kata, orang yang ada Ilmu Kebal itu Nampak ja kapal ditengah laut dia akan terus gunakan ilmu dia sehingga air laut itu dibawah paras pinggangnya sahaja. Kapal-kapal tersebut habis ditenggelamkannya. 

Pantai Terongkungan ini dinamakan sempena nama pokok yang dinamakan Bongkurungon dimana pokok itu berbuah lebat dan tidak didapati dimanapun tempat. Itu sebab tempat itu dinamakan Torongkungan. Di sebelah pantai berhadapan Batu Mandi adalah kawasan pantai yang sangat tenteram dan bebas dari ombak besar. Kawasan tersebut juga merupakan tempat berdagang secara barter dizaman dulu diantara suku kaum rungus, pedagang cina, pedagang suluk dan Brunai namun disebabkan ketidaktenteraman penjaga Batu Mandi maka kawasan laut pada masa kini menjadi haru biru. Jika ada kapal asing yang lalu dikawasan pesisir pantai laut Terongkongan dengan tidak semena-mena kawasan laut itu akan bergelora dengan tiba-tiba seterusnya menenggelamkan kapal yang lalu disitu. Saya teringat waktu saya kecil ada kapal besar dari Filipina yang melalui perairan laut Pesisir pantai Terongkungan. Kapal tersebut tenggelam kerana terlanggar Batu Mandi. Ramai orang yang hanyut ada yang hidup dan mati ditemui terdampar dipesisir pantai Terongkongan. 

Disebelah kanan pantai terongkongan pula kita akan menjumpai tasik dan gua yang dinamakan Gua Tindakon. Gua ini juga dipanggil “Titindakon Dazang” ini kerana mengikut Lagendanya gadis dari Sulu dipanggil Dayang atau dalam bahasa rungus “Dazang” datang berdagang dikawasan itu bersama keluarganya. Beliau melalui gua itu dan mendapati tidak ada laluan keseberang pantai tersebut. Cuma ada dua pilihan sama ada melalui hutan tebal dan berduri dibelakang gua ataupun melompat seperti atlit menyeberangi batuan yang berair. Kalau tak, pasti jatuh kedalam laut yang dalam dan dibawa masuk kedalam gua sudah pasti maut menimpa. Namun gadis itu dapat menyeberanginya dengan menggunakan akal dan taktik tertentu. Maka Dazang tersebut pun menawarkan diri untuk dikhawini jika sesiapa berjaya menyeberang namun tidak ada seorang pun yang mencuba kerana takut dibaham oleh penjaga gua sekiranya jatuh kedalam air tersebut. 

Walau bagaimanapun, kata Nenek Moyang saya dikawasan itu kena berhati-hati kerana Lumaag nya tinggal disitu. Katanya penjaga di Batu Mandi itu adalah adik beradik dengan Lumaag di Gua Tindakon tersebut. Nenek saya pernah cerita nama adik-beradik setiap Lumaag itu tapi saya sudah lupa. Ini kerana nenek saya sebelum meninggal merupakan salah seorang Bobolizan dikampung tersebut. Semua perkara yang berlaku dan akan berlaku dikampung itu akan diberitahu oleh Lumaag tersebut seolah-olah tidak ada lagi Orang yang berilmu kebal maka dialah yang memainkan peranan menjaga bangsa ini. Sekarang Lumaag itu menghinggapi Ibu saya kerana dia merupakan generasi kepada Nenek saya dari Nenek Moyang lagi.

Yang menariknya tentang pantai ini adalah keadaan bentuk mukabuminya yang sangat cantik seolah-olah diukir-ukir oleh penjaga pantai itu. Dan lagi satu kalau kita berjalan dipesisir sebelah pantai Gua Tindakon iaitu dimana Dazang menyeberang kita akan menjumpai ketam yang telah bertukar menjadi batu mengikut kepercayaan nenek saya ketam itu telah disumpah oleh penjaga gua itu kerana telah memberi ilham kepada Orang Asing untuk melalui tempat itu kerana ketam pandai menyelusuri batu-batan. 

Pada masa ini, kawasan laut tindakon itu tidak pernah tenteram asik bergelora cuma ada masa-masa tertentu sahaja lautnya akan senyap tapi kena berhati-hati bila mandi atau berada dikawasan itu sebelum penjaganya berang. Pernah suatu ketika dulu, ramai budak-budak dari kampung lain datang mandi manda tepi pantai itu. Kanak-kanak tersebut sangat bising dengan tidak semena-mena ada seperti arus menyedutnya masuk kedalam air dan ini menyebabkannya mati lemas. Memang pantai torongkungan sangat cantik tapi kena berhati-hati kerana tempat itu adalah tempat suci mahkluk halus disana. 

Satu lagi yang menarik adalah pantai torongkungan ini juga dihubungkan dengan kawasan laut laluan naga. Ini kerana ada segelintir penduduk disitu yang selalu menyaksikan seperti puting beliung yang betul-betul menyerupai naga dari tengah laut naik ke atas awan. Saya juga selalu menyaksikannya sewaktu saya masih kecil. Melalui seni tarian suku kaum rungus, tarian tersebut akan ditarikan oleh 7 orang perempuan dengan seorang lelaki. Penari lelaki inilah yang akan mengepalai kumpulan penari tersebut. Pergerakan tarian ini dihubungkan dengan pertahanan dari jajahan bangsa asing, penempatan dan pertanian yang diabadikan seperti naga.

Sejarah Jambatan Tamparuli - Lagenda Solungkoi

Lagenda Solungkoi

Menurut maklumat yang tersimpan di Muzium Sabah, terdapat satu kisah disebalik pembinaan awal Jambatan Tamparuli yang baru. Ketika jambatan itu baru mula dibina, seorang pegawai British bernama Robinson yang berkhidmat di Tamparuli, telah jatuh cinta dengan seorang sumandak cantik (gadis cantik) tempatan bernama Solungkoi.

Mereka kemudiannya jatuh cinta dan menjadi pasangan kekasih. Dalam masa yang sama, seorang jejaka tempatan bernama Intang dalam diam-diam turut menaruh hati terhadap Solungkoi. Malangnya, cinta Solungkoi hanya untuk Robinson. Mungkin kerana wajahnya yang tampan, apatah lagi berpangkat.
Sementara itu, Robinson adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek pembinaan Jambatan Tamparuli.

Jambatan Tamparuli pula sering mengalami kerosakan setiap kali berlaku banjir besar. Robinson begitu runsing kerana tanpa jambatan, akan menyukarkan pihak British dan penduduk tempatan untuk berhubung dengan dunia luar.

Suatu hari, Robinson telah meminta bantuan daripada Intang untuk mencari punca dan cara terbaik menyelesaikan masalah itu. Dengan keyakinan bahawa penyebab masalah jambatan selalu rosak adalah tombuakar (hantu air), Intang kemudiaanya berjumpa dengan odu-odu (wanita tua) yang merupakan seorang bomoh wanita dan pakar dalam bidang pemujaan (mengubati orang sakit dan menghalau hantu).

Odu-odu kemudiannya mengenal pasti masalah tersebut, kononnya tombuakar marah kerana tapak pembinaan jambatan telah mengganggu kawasan tempat tinggalnya. Lalu odu-odu menyarankan supaya diadakan satu upacara untuk menjamu tombuakar sebagai tanda meminta maaf. Peliknya, walaupun upacara jamuan sudah dilakukan, jambatan masih lagi bermasalah. Rupa-rupanya, tombuakar mahukan nyawa seorang sumandak yang cantik sebagai temannya di dalam air.

Pada masa itu, tiada gadis lain yang lebih rupawan selain Solungkoi. Dan kerana cemburu dan dendam, Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi. Robinson pun bingung memikirkan antara kerjaya ataupun kekasih hati. Akhirnya Robinson memilih untuk mengorbankan Solungkoi.

Pada suatu malam, ketika Robinson dan penduduk kampung berpesta minum tapai (minuman memabukkan), Solungkoi dibawa ke jambatan dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk. Sebaik saja Solungkoi sedar, dia mendapati badannya sudah diikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan ke bawah cerucuk jambatan.

Ini adalah syarat dari Tombuakar yang mahukan mangsanya ditanam hidup-hidup di bawah jambatan.


Solungkoi mula menangis dan merayu untuk dilepaskan, malangnya tangisan Solungkoi tiada siapa mendengar kerana semuanya sudah mabuk. Solungkoi pasrah. Dia lalu membuat permintaan terakhir kepada Tombuakar dengan bersumpah, Jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan selalu rosak selagi tidak mengorbankan darah Robinson.

Robinson kemudiannya amat menyesal dengan tindakannya dan bagi mengenang kekasihnya itu, Robinson mengukir nama Solungkoi di atas sekeping plat besi dan melekatkannya di cerucuk jambatan di mana Solungkoi ditanam. Selepas itu, Robinson dikatakan membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar. Ada yang mengatakan bahawa cerita ini hanyalah mitos, namun seperti yang disahkan oleh orang-orang yang pernah menyelam di bawah jambatan Sungai Tamparuli, plat besi terukir nama Solungkoi masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, lokasi tepat dimana plat itu dilekatkan telah dirahsiakan atas faktor-faktor keselamatan. Yang pasti, selepas lebih 60 tahun, Jambatan Tamparuli tetap utuh dan kekal digunakan oleh penduduk kampung.

Sumber Artikel: 
http://www.sentiasapanas.com/2016/11/asal-usul-jambatan-tamparuli.html#axzz6AaG3dJ74

Monday, January 6, 2020

Motivasi: Memaafkan bukan kerana salah tetapi kerana anda bukan si pemusuh

Hai teman-teman, adakah anda pernah membenci seseorang sehingga menimbulkan kebencian dalam hati? Tahukah anda bahawa sifat benci itu adalah penyakit batin yang boleh mendatangkan kesan tidak baik secara mentaliti? Mungkin tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi amat menganggu ketenangan hati anda dan memberi impak negatif kepada kehidupan atau pekerjaan harian. 

Kerana benci, anda mengelak untuk berjumpa dengan sesiapapun yang berkaitan dengan orang yang anda benci, anda pendamkan kebencian dalam hati menyebabkan anda tidak tenang dalam melaksanakan pekerjaan. Teman-teman, ada lebih baik anda dengan ikhlasnya meminta maaf atau memaafkan kerana setiap kata maaf itu meringankan beban dalam mental anda. 

Siapa tahu esok hari, orang yang kamu benci itu adalah orang yang menyayangi kamu, peduli kamu dan membantu kamu dalam kesulitan. Kita semua tidak tahu bila masanya untuk kita hidup di dunia ini. Entah-entah esok tanpa sempat meminta maaf kita suda dipanggil oleh yang Maha Esa. Dosa nanti bagaimana untuk kita jawab? Takkan kita jawab ya Tuhan saya minta ampun sebab tidak sempat meminta maaf. Sebenarnya, ada banyak masa untuk diberi bagi memaafkan atau minta maaf dengan setiap perbuatan yang kita rasa telah menyakiti atau disakiti orang lain cuma hati sendiri begitu keras untuk tidak memberi atau meminta kemaafan. 

Siapa anda untuk membenci sesama manusia? Anda lahir ke dunia ini tanpa sehelai baju pun, begitu juga nanti kembali kepada pencipta, anda adalah kosong. Ingat teman-teman, memaafkan itu tidak mahal dan tidak memalukan tetapi menunjukkan sifat terpuji dan kredit untuk masuk ke Syurga.

Motivasi untuk kita semua. Semoga mendapat keberkatan dan kekuatan diri untuk memberi atau meminta maaf kepada orang yang anda benci, menyakiti anda dan yang anda sakitkan hatinya. Ingat, Tuhan melihat setiap perbuatan dan hati setiap insan ciptaannya.

Saturday, January 4, 2020

Filem pendek "Haus Punya Pasal" karya orang Sabah

Selamat Tahun Baru 2020

(Artikel versi bahasa Melayu Sabah)

Adakah anda suda menonton tayangan pendek "Haus Punya Pasal"? Untuk pengetahuan anda, tele-filem ini ada dua part. Part I (hutang langsail) dan Part II (Menantu bertuah). Kalau belum tingu ini video, anda boleh search di youtube yaa. Jangan lupa tekan LIKE & SUBSCRIBE sebagai support kepada penggiat seni tempatan kita.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua telefilem ini adalah di bawah arahan seorang artis Sabah, Donny Reyn dan diolah menjadi satu cerita yang menarik yang disunting oleh seorang artis Sabah juga iaitu Daniel Ronsoi yang popular dengan lagu "Janda Sabahan". 

Idea dalam video pendek bersifat komedi dan kalau dilihat secara mendalam ada nilai moral yang boleh difikirkan secara positif. Namun tujuan utama video pendek ini dihasilkan adalah hanya sekadar hiburan dan tidak ada kaitan dengan sesiapa pun. Kalau berminat untuk menonton video pendek ini, anda boleh klik link dibawah yaa...


Jangan lupa tekan LIKE & SUBSCRIBE