I'm back with new issue...
Bah...kamu rasa perlu kah bagi kewarganegaraan sama pemegang-pemegang passport atau yang tiada IC? Saya sering terbaca di laman sosial tentang PTI kena bagi IC dan kadang-kadang saya berfikir bagaimana mungkin perkara itu berlaku dan apa peranan kerajaan umumnya terutamanya JPN? Adakah permohonan IC ini sangat mudah? Saya mahu berkongsi beberapa perkara yang saya rasa pelik dan menganggap ternyata undang-undang di negeri ini begitu lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Ini anggapan saya sahaja berdasarkan fakta yang saya sendiri dengar dari orang-orang yang terlibat dan saya sendiri alami. Bukan sekadar untuk mencipta bahan cerita, tetapi sama ada betul atau tidak, saya rasa perkara ini harus disiasat dengan telus dan tegas. Kita tidak mahu negeri ini dikuasai oleh orang bukan penduduk asal.
Tahun 2017, ada relative saya bekerja di kedai photocopy. Antara pelanggannya adalah orang suruhan atau pekerja kepada seseorang yang bergelar Datuk atau YB. Saya tidak tahu siapa YB atau Datuk itu sebab orang itu tidak menyatakan siapa. Lelaki ini dia datang ke kedai photocopy dan meminta copy tu borang maklumat untuk membuat IC. Memang banyak dan semua yang mahu kena buat IC tu bukan orang tempatan tetapi kebanyakan warga Filipina yang memang asal dari Philipine. Bila tanya tu orang, dia cakap tu Datuk suruh saya fotocopy. Bagi kamu semua, apa yang kamu dapat simpulkan daripada situasi ini?
Saya bekerja di bahagian Sumber Manusia dalam sebuah organisasi. Jadi antara tugas saya adalah mencari pekerja, mengambil kerja. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil seseorang itu bekerja, saya kena teliti maklumat-maklumat tertentu samada orang tersebut qualify untuk jawatan yang ditawarkan. Bila advertise saja kekosongan jawatan, memang ramai yang datang untuk memohon kerja. Tetapi ada kepelikannya disitu yang berkaitan dengan IC. Ada ramai ni yang memohon kerja bila tengok IC, gambar lain tapi kalau tngok muka lain dan orang-orang tersebut memang bukan orang local. Kes lain pula, dalam borang permohonan kena tulis no. IC tapi bila kena minta photocopy IC, tiada. Masih dalam proses katanya. Bagi kamu, apa kesimpulan yang kamu dapat dari situasi ini?
Satu hari saya naik grab. Semasa dalam perjalanan dia bercerita bahawa sebelum ini dia pernah bekerja dengan seseorang yang berpangkat Panglima. Dia tidak sebut nama la siapa Panglima tersebut. Dia kenal tu Panglima pun sebab grab juga dan dia kena offer bekerja jadi driver dan kerani. Tu driver grab bilang dia kena bayar lumayan juga sama semua belanja perjalanan kena tanggung. Ni Panglima bersama isteri dia yang bergelar datin mengurus bahagian permohonan IC (maksudnya bagi IC la). Memang terlalu banyak borang-borang yang diurus dan semuanya adalah bukan local dan pemegang pass sementara, penduduk tetap semua ada. Dan kebanyakan memang warga filifina aka Suluk la. Ini saya bukan buat cerita aar..tu org yang cerita kerja dia. Menurut cerita driver tu, paling rendah bayaran diminta untuk buat IC adalah RM500 untuk yang tidak berkemampuan. Memang si driver rasa ok kerja dengan tu Panglima sebab kena bagi duit, kena belanja makan, kena bawa sama2 jumpa pegawai2, datuk2 semua sampai ramai suda datuk2 kenal dia. Cuma si Shafie Afdal saja dia tidak pernah jumpa dia bilang hahah. Pernah juga dia kena suruh ambil duit dalam beg, terkejut dia banyak duit dalam tu berikat-ikat RM50 dan RM100. Tu pengalaman si pemandu grab la. Last2 dia rasa sedar mungkin yang dia tidak patut bekerja dengan kerja seperti itu, rasa bersalah jadi dia bagi alasan dia dapat kerja di luar Sabah dan mahu berhenti. So dia berhenti la tapi tu Panglima cakap kalau kau mau kerja lagi kau bagi tau saja saya dia bilang. Tapi si pemandu ini tidak mahu terlibat dengan perkara itu lagi. Bagus lagi bawa grab saja, halal lagi kerja dia bilang. Apa kata kamu? Ni kejadian memang berlaku dalam tahun ini dan mungkin sedang berlaku...
Sekian. Komen yang bagus2 saja...hihihi