Followers

Saturday, December 28, 2019

PTI kana bagi IC???

I'm back with new issue...

Bah...kamu rasa perlu kah bagi kewarganegaraan sama pemegang-pemegang passport atau yang tiada IC? Saya sering terbaca di laman sosial tentang PTI kena bagi IC dan kadang-kadang saya berfikir bagaimana mungkin perkara itu berlaku dan apa peranan kerajaan umumnya terutamanya JPN? Adakah permohonan IC ini sangat mudah? Saya mahu berkongsi beberapa perkara yang saya rasa pelik dan menganggap ternyata undang-undang di negeri ini begitu lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Ini anggapan saya sahaja berdasarkan fakta yang saya sendiri dengar dari orang-orang yang terlibat dan saya sendiri alami. Bukan sekadar untuk mencipta bahan cerita, tetapi sama ada betul atau tidak, saya rasa perkara ini harus disiasat dengan telus dan tegas. Kita tidak mahu negeri ini dikuasai oleh orang bukan penduduk asal.

Tahun 2017, ada relative saya bekerja di kedai photocopy. Antara pelanggannya adalah orang suruhan atau pekerja kepada seseorang yang bergelar Datuk atau YB. Saya tidak tahu siapa YB atau Datuk itu sebab orang itu tidak menyatakan siapa. Lelaki ini dia datang ke kedai photocopy dan meminta copy tu borang maklumat untuk membuat IC. Memang banyak dan semua yang mahu kena buat IC tu bukan orang tempatan tetapi kebanyakan warga Filipina yang memang asal dari Philipine. Bila tanya tu orang, dia cakap tu Datuk suruh saya fotocopy. Bagi kamu semua, apa yang kamu dapat simpulkan daripada situasi ini?

Saya bekerja di bahagian Sumber Manusia dalam sebuah organisasi. Jadi antara tugas saya adalah mencari pekerja, mengambil kerja. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil seseorang itu bekerja, saya kena teliti maklumat-maklumat tertentu samada orang tersebut qualify untuk jawatan yang ditawarkan. Bila advertise saja kekosongan jawatan, memang ramai yang datang untuk memohon kerja. Tetapi ada kepelikannya disitu yang berkaitan dengan IC. Ada ramai ni yang memohon kerja bila tengok IC, gambar lain tapi kalau tngok muka lain dan orang-orang tersebut memang bukan orang local. Kes lain pula, dalam borang permohonan kena tulis no. IC tapi bila kena minta photocopy IC, tiada. Masih dalam proses katanya. Bagi kamu, apa kesimpulan yang kamu dapat dari situasi ini?

Satu hari saya naik grab. Semasa dalam perjalanan dia bercerita bahawa sebelum ini dia pernah bekerja dengan seseorang yang berpangkat Panglima. Dia tidak sebut nama la siapa Panglima tersebut. Dia kenal tu Panglima pun sebab grab juga dan dia kena offer bekerja jadi driver dan kerani. Tu driver grab bilang dia kena bayar lumayan juga sama semua belanja perjalanan kena tanggung. Ni Panglima bersama isteri dia yang bergelar datin mengurus bahagian permohonan IC (maksudnya bagi IC la). Memang terlalu banyak borang-borang yang diurus dan semuanya adalah bukan local dan pemegang pass sementara, penduduk tetap semua ada. Dan kebanyakan memang warga filifina aka Suluk la. Ini saya bukan buat cerita aar..tu org yang cerita kerja dia. Menurut cerita driver tu, paling rendah bayaran diminta untuk buat IC adalah RM500 untuk yang tidak berkemampuan. Memang si driver rasa ok kerja dengan tu Panglima sebab kena bagi duit, kena belanja makan, kena bawa sama2 jumpa pegawai2, datuk2 semua sampai ramai suda datuk2 kenal dia. Cuma si Shafie Afdal saja dia tidak pernah jumpa dia bilang hahah. Pernah juga dia kena suruh ambil duit dalam beg, terkejut dia banyak duit dalam tu berikat-ikat RM50 dan RM100. Tu pengalaman si pemandu grab la. Last2 dia rasa sedar mungkin yang dia tidak patut bekerja dengan kerja seperti itu, rasa bersalah jadi dia bagi alasan dia dapat kerja di luar Sabah dan mahu berhenti. So dia berhenti la tapi tu Panglima cakap kalau kau mau kerja lagi kau bagi tau saja saya dia bilang. Tapi si pemandu ini tidak mahu terlibat dengan perkara itu lagi. Bagus lagi bawa grab saja, halal lagi kerja dia bilang. Apa kata kamu? Ni kejadian memang berlaku dalam tahun ini dan mungkin sedang berlaku...

Sekian. Komen yang bagus2 saja...hihihi

Thursday, December 26, 2019

Salah memilih pasangan hidup

Selamat pagi gaissss...

Sambil bergembira dalam musim perayaan ini, jangan lupa bahawa ada seseorang yang nampak bahgia tetapi hati hancur, menangis, menyesal dan terseksa. Kenapa? Pernah ka kamu terfikir bahawa setiap pasangan tidak kira suami isteri, boyfrien girlfriend, tunang dan sebagainya pasti akan mengalami fasa-fasa yang sukar untuk berkomunikasi, yang ada cuma benci dan marah. Terpulang kepada pasangan itu bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang mungkin menuju ke arah kebahagiaan atau kehancuran kepada hubungan tersebut. Ok, saya cukup berminat untuk berkongsi terhadap kehidupan seorang wanita (nama dirahsiakan) yang amat menyedihkan dan boleh menjadi inspirasi kepada pasangan-pasangan di luar sana:

Saya seorang perempuan yang sederhana dalam segala hal. Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang saya kenali tidak lama sebelum memutuskan untuk berkahwin dengannya. seawal perhubungan, saya buta kerana cinta dan saya melihat dia lah lelaki terbaik yang boleh menjaga hati dan nyawa saya. Setelah berkahwin dan hubungan kami suda hampir 5 tahun, kami dikurniakan 3 orang anak. Dari anak yang sulung, satu demi satu perangai yang saya tidak duga keluar tetapi saya cukup untuk bersabar. Anak pertama, semasa mengandung dia berjumpa dengan perempuan lain, berhubung dengan kekasih lama dia..saya tahu tetapi saya diamkan dan menangis. Bukan itu sahaja, segala sumpah serakah saya terima sekiranya saya bertanya dan cuba meminta kepastian. Begitu juga apabila anak kedua lahir. Apabila petang, dia keluar konon2 mahu jumpa kawan2 tapi esok awal pagi baru balik rumah. Bila kena call tidak angkat telefon...kamu pasti pernah rasa perasaan seorang ibu yang mengandung dan kena jaga satu anak kecil lagi bila tahu suami tidak peduli...oh Tuhan, kau macam mau bunuh diri dan seperti ingin melakukan perkara yang boleh mengancam nyawa sendiri. Tapi syukur, hati begitu kuat untuk bertahan dan bersabar.

Anak ketiga, benda yang sama namun kesabaran melebihi dari segalanya. Apabila anak-anak semakin membesar, kekuatan hati itu semakin teguh dalam diri saya. segala apa suami saya buat, saya sudah tidak kisah. Saya lebih suka bergaul dengan ramai kawan2 saya terutama di media sosial. Dengan cara itu, saya tidak ada masa untuk memikirkan sikap suami saya sehingga saya dianggap ada lelaki lain dari hidup saya. Kalau bertanya tentang hati, yaa..saya suda tawar hati dan saya tidak kisah. Yang menguatkan hati saya adalah anak-anak saya. Saya sering meminta cerai tetapi dia tidak melepaskan sehingga dia betul2 nampak saya bersama lelaki lain. Saya sejujurnya mempunyai ramai kawan tetapi tidak pernah terlintas di fikiran untuk curang dalam perkahwinan. Tetapi suami saya mendesak seolah olah saya mempunyai lelaki lain dan tunjukkan siapa lelaki itu. Hidup saya stress, geram benci...kalau saya ini perempuan yang tidak baik, kenapa tidak ceraikan saja? sampai ke mati la dia mau lihat saya dengan lelaki lain. Selagi ikatan perkahwinan itu ada, saya masih berada di bawah jagaan suami. Tetapi selama berkahwin tidak pernah saya di jaga atau rasa selamat. Saya cuma makan sumpah serapah..kalau boleh suami saya mau pukul terajang dan kasi hancur semua harta benda tetapi tidak sampai. 

Ada satu masa suami mabuk dan balik rumah. Mula la dia mengungkit duit2 dia yang dia bagi dengan saya, membuat cerita pasal konon2 saya ada skandal dan sebagainya. Saya tidak tahan hati, saya jawab. Dia mula menjadi gila seperti kerasukan. Mulut tidak berhenti cakap SIAl, MAMPUS dan segala magic words keluar dari mulut. Nasib baik anak2 suda tidur, kalau tidak otak mereka secara auto menangkap segala kata2 kotor dia. Dia menumbuk dinding dan kalau boleh dia mau kasi hancur tu rumah. Saya malas mau peduli dan apa dia mau buat, saya tunggu dan saya bersedia untuk membuat laporan polis. Dia berdiri tendang sana sini, ambil tali pinggang dia seolah olah dia mau memukul tapi mungkin tidak jadi bila melihat anak bongsu bersama saya. Sebetulnya saya suda bersedia untuk semua itu. Hati bertambah hancur, jangan cakap pasal perasaan cinta...hilang sepenuhnya. Saya bagaikan tiada perasaan dan tidak kisah dengan apapun. Saya merasa hidup seperti dalam neraka jahanam tetapi saya masih boleh bersabar. Saya meminta cerai dengan dia tapi alasan dia simple. Dia mau saya buktikan yang saya ada lelaki lain dlm hidup saya. Saya berkata pada diri saya, kau mati pun selagi kau tidak putuskan ikatan perkahwinan, kau xkan nampak saya bersama lelaki lain tetapi kalau saya suda betul2 tidak mampu bertahan, biarlah saya uruskan sendiri surat cerai. 

Sekarang, hati saya kosong. Saya cuma ingat masa depan saya, kerjaya saya dan anak2 saya. Baru saya terfikir bahawa salah memilih pasangan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang kita impikan. Tidak apa untuk berkahwin lambat asalkan hati budi pasangan itu harus dikenal sebelum membuat keputusan bersama. Yang paling penting, hubungan mesti direstui keluarga kerana keluarga boleh menilai seseorang pasangan itu adalah baik dan membahagiakan hidup kita. Penyesalan di hari2 kemudian sudah terlambat tetapi untuk membina hidup yang baru, kena mula dari bawah. Membentuk diri dan memikirkan hal2 yang terbaik. Jangan menjadi seperti saya, jadikan pedoman kepada anda dalam memilih pasangan. Kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju kebahagiaan hidup. Kenali pasangan anda, kenali tingkah laku, kenali sifat sebelum ingin bersama. 

Naaaa...teman-teman yang masih bujang-bujang, ingat...mencari pasangan bukan macam petik jari sepuluh datang. Kenali betul2 sebelum membuat keputusan. Jangan sampai penyesalan yang kita rasa di kemudian hari. Kepada yang mengalami keadaan yang kawan saya alami ini, move on. Perjalanan masih jauh, harapan cerah masih ada, teruskan maju dan jangan putus asa. Tinggalkan yang pahit dan bina hidup baru. 

Sekiannnnn....sila follow blog ini untuk cerita-cerita yang menarik. 

Saturday, December 21, 2019

Pengalaman membesar di kampung (Asal dari Kampung bahhh)

Hai semua,

Shallom...

(Bahasa versi Melayu Sabahan)

Saya mau mengulit kenangan ini 😁😁😁. Siapa yang membesar atau pernah mengalami kehidupan di kampung? Sudah tentu kamu semua tersenyum apabile terkenang moment yang indah yang tidak mungkin terulang kembali dalam hidup kamu. Saya suka berkongsi tentang kehidupan dan kenangan. Kamu rasa kamu pernah ka mengalami apa yang saya lalui dalam membesar bersama kehidupan paling seronok, bikin geram, bikin lucu dan sebagainya semasa dalam proses membesar ke umur dewasa? Ini diaaa....😄😄😄.

Curi rambutan di kebun Cikgu Sudi 😁

Naaa, sana kampung kami ada tu cikgu kami nama dia cikgu Sudi ada kebun rambutan yang luas. Kawasan kebun tu memang tempat laluan utama kami bila pigi saaana rumah saudara2. O ya, rumah kami jauh sikit dari rumah2 orang lain. Bila musim buah, memang banyak tu rambutan merah2 bikin berliur sama budak2 yang macam kami. Berpakat la kami pigi cari rambutan yang jatuh. Yang lawaknya tiada orang berani pigi naik sebab kena cakap kalau naik kana sumpahan jadi cacat.

Pigi sekolah sana sungai Kimuulau

Dulu pigi sekolah, kami jalan kaki saja seawal jam 5.30 pagi. Jadi awal lagi kana kasi bangun, kalau tidak bangun kompom2 kana siram air. Sebenarnya malas bah pigi sekolah, tambahan lagi hari satu (Isnin) yang ada baris kana periksa rambut, kuku sama kerja rumah. Kalau rambut panjang sikit ada laitu parit di di tengah2 kepala kana gunting, klu bkn parit sebelah kepala botak sebelah lagi berambut. Bah, suda kana kasi bangun terus cuci mata saja, pakai baju dan jalan pigi sekolah dengan geng2 cousin. Sampai sana simpang Tunggung, ada jalan pigi sungai sana dan terus menyimpang. Dengan kesiukan la mandi manda...tingu jam baru jam 11 pagi, eh sambung lagi mandi sampai jam satu. Jam 1 petang balik rumah lengkap berpakain sekolah hahaha. Sampai rumah buat2 macam pigi sekolah. Nasib baik dulu sekolah tidak pandai panggil ibubapa kalau anak2 tidak datang sekolah.

Kana kajar pakai rotan

Dulu jajal bah jadi selalu kana marah sama kana rotan. Ada satu masa tu, datuk marah betul sama kami sebab kami bising2 main2 sama ketawa kuat. Kana bagi warning suda bah. Datuk saya cakap "nunu maan dokoyu songusig usig aalaa po e tasu" dia bilang (kenapa kamu meyalak kalah2 tu anjing) menyalak maksud dia yang kami ketawa2 laitu. Kalau budak2 mana pandai dingar kan..Kami kana kejar pakai rotan, semua melompat keluar dari rumah sebab takut kana tu gula2 panjang. Ada tu pokok langsat sana bawah rumah, semua naik tu pokok langsat takut kana rutan. Tu datuk sana bawah menunggu dengan rotan dia. Last2 dia balik. Sempat lagi dia cakap "intaan no tenu, muli kasaie kou e moi akan" (tingu nanti, balik juga kamu tu pigi makan dia bilang). Ketawa saya berabis ingat oo..

Kana suruh tidur di luar rumah

Paling lawak laini. Kami kana marah, saya pun tidak ingat tu apa sebab dia. Kalau tidak silap pasal pigi mandi sungai saja tidak buat kerja rumah. Balik p makan saja kemudian sambung pigi sungai. Kalau dapat ikan tidak apa juga hahahah. Mau gelap suda, rilex la konon balik rumah sambil ketawa2. Sekali di pintu berdiri tu datuk sambil pegang rotan. Naaaa, berlarian semua tidak berani masuk rumah. Terus kana tutup tu pintu rumah..sampai malam tidak kana kasi masuk. Kami kana suruh tidur di luar. Kami tunggu tu datuk buat kerja dia, kami panggil tu cousin kami yang paling bagus dalam rumah. Kami minta selimut sama pakaian dan beras. Naaa, bepakat kami pigi buat pondok2 kecil sana hutan dekat tu rumah. kami pigi cari tu tin sardin, cuci balik tempat kami masak nasi. Pasang api, sekali tu nasi tidak masak atanod hahaha. Tu pondok2 kami pasang kayu lepas tu ambil daun2 sebagai atap..kreatif juga o. Adoiiii..tu la kalau telampau nakal bah.

Setakat ini saja la cerita sy. Nanti lain masa saya share lebih. Memang setiap budak yang membesar sana kampung banyak pengalaman manis untuk diingat pada hari ini. Untung laaa. Semua itu mengajar kita erti kehidupan dan menghargai setiap insan yang terlibat.

Sila follow kalau mau tau banyak cerita yerrr. Jumpa lagi....Love & hugs from me EZRA.

Thursday, December 19, 2019

CERITA SERAMMMMMM: KEDAI 4 PINTU

CERITA SERAM DARI KAMPUNG (Berdasarkan cerita sebenar)

Kedai 4 pintu

Ok, firstly saya guna bahasa Melayu Sabahan sebab saya asal dari Sabah. Cerita seram ini diceritakan semula oleh saya punya uncle yang yang mengalami sendiri peristiwa ini.

Peristiwa ini berlaku di kampung kami sana Kampung Lokub di Kiulu yang terletak di daerah Tuaran. Daerah Tuaran ni ada banyak pekan dan kampung ya. Ia memang daerah yang sangat besar dan luas. Kampung kami ni 30KM dari Pekan Kiulu dan pada masa kejadian berlaku, jalan raya belum kena tar. Saya pun masa tu baru umur 16 tahun dan sekarang suda berumur ...... biar la rahsia. Diteruskan ceritanya, uncle saya ni dia pigi di pekan Pukak pigi tamu. Dulu kalau pigi pekan Pukak ni kena bagi tau pemandu kereta pikap yang memang orang dari kampung yang sama turun pigi Pukak dulu baru ada transport. Kalau tidak bagi tau, alamat jalan kaki la pigi pekan Pukak. Kalau jalan kaki ni banyak shortcut yang boleh jalan supaya pendek sikit perjalanan. Kalau ikut jalan raya grabel masa tu mau jalan kaki, 20KM la jalan kaki. 

Diteruskan cerita, si uncle ni pigi tamu. Tapi masa dia mau balik tu tiada transport balik. Dia jalan kaki laa...Lebih kurang jam 7 memang gelap suda la. Tambahan lagi masa tu hujan renyai2 tapi dia jalan saja sebab mau balik rumah kan. Waktu dia berjalan tu dia tidak la berfikir apa2 dan hanya fikir mau sampai di rumah saja walaupun dalam gelap. Sampai satu tempat tu dia terjumpa satu perempuan yang dia sendiri tidak kenal dan berpakaian putih. Jadi tersama-sama diurang berjalan la. Bercerita la diorang sambil berjalan dan uncle saya tanya dia balik mana. Tu perempuan jawab saaana saja tapi tidak kasi tau kampung apa. Jadi uncle ni tidak la banyak tanya. Sampai satu tempat yang uncle sy pun tidak berapa pasti di mana sebab keadaan yang gelap tapi boleh lah nampak jalan, tiba-tiba itu perempuan cakap sama uncle sy dia bilang mau singgah dulu sana kedai 4 pintu.

Uncle saya ni kasi iya saja tapi dia rasa pelik sikit di mana tu ada kedai 4 pintu. Sampai satu tempat dia nampak la ada kedai memang ada 4 pintu. Tu perempuan masuk tapi uncle saya tidak ikut masuk. Dia di luar sekejap rehat dari perjalanan. Tidak lama kemudian tu perempuan keluar balik dan diorang teruskan perjalanan. sampai satu tempat tu uncle saya terjumpa orang kampung (mungkin mau dekat sampai rumah tu uncle suda). Bercakap sekejap sama tu urang kampung. Yang peliknya tu orang yang uncle jumpa basah kuyup. Tapi uncle saya tidak la banyak bercakap sebap mungkin dia terkena hujan lebat.

Jadi uncle sama perempuan tu teruskan perjalanan sampai la sana rumah si uncle. Jadi ni uncle pun ajak la perempuan tu singgah di rumah dia mau ambil kayu api untuk lampu dia jalan supaya tidak bergelap. Jadi perempuan itu pun ok saja dan ikut sampai di rumah uncle. Dekat saja bah jalan raya tu rumah uncle. Uncle masuk dalam rumah, bini dia (anti saya) hairan laa..dia bilang kenapa kau tidak basah sedangkan hujan lebat. Uncle saya tidak jawab sebab dia tidak rasa tu hujan lebat...terus uncle saya minta bini dia kasi sedia tu kayu api dgn getah sikarap untuk dibakar bagi sama tu perempuan sana luar dia bilang. Tu bini dia pun pigi la tingu di luar...aikkk dia bilang...mana perempuan yang kau cakap? tiada pun, yang ada cuma satu ikur anjing besar warna hitam dia bilang. Uncle saya punya la terkejut...dia keluar tiada suda tu perempuan. Meremang bulu roma dia...

Tu saja cerita dia..sampai sekarang saya masih ingat. Uncle sy cakap mungkin tu angel kasi payung dia sama jaga dia masa perjalanan 😁😁😁. Kamu tau apa 4 pintu yang di maksudkan oleh perempuan itu?? rupa-rupanya baru uncle sy perasan tu 4 pintu adalah kuburan yang terletak di Kampung Ratau yang mana kuburan yang dekat dengan jalan raya sebelum sampai ke kampung uncle saya. Seram ka....hahaha. Tamat. Ada next lagi, Follow saja yaaa

YOUTUBER

Youtuber

Hai kawan2, saya suka bercakap tentang youtuber kerana saya sendiri berminat untuk menjadi youtuber. Cuma masa tidak mengizinkan saya untuk melaksanakan apa yang terkandung di minda saya. Apapun saya suka observe orang punya usaha untuk menjadi seorang Youtuber yang berjaya. Yaa, tidak dinafikan bahawa sekiranya anda berjaya mendapat subscriber yang ramai, maka anda akan mendapat keuntungan sebagai rewards dari google.

Saya ingin mengongsikan pendapat saya yaa...dulu untuk menjadi seorang youtuber adalah sangat senang tapi masa itu kita belum faham dan tahu bahawa ianya berbayar apabila mendapat banyak subscribe. Sekarang, makin ramai orang ingin menjadi youtuber dan sebahagian dari mereka adalah berjaya kerana mendapat perhatian daripada penonton seluruh dunia. Bagaimana caranya ya untuk mendapat subscriber yang ramai?

Bagi saya jawapannya adalah apabila kita mencipta sesuatu yang menarik perhatian atau perkara yang luar biasa, pasti menjadi tarikan. Tanpa content yang menarik dan luar biasa memang amat sukar untuk mendapat subscribe. Bukan senang mahu jadi senang, hahah. Apapun, sekiranya ada idea anda yg luar biasa, why not you try...kannn. Selamat mencuba gaisss

Friday, September 13, 2019

Bisnes jual topup sebagai pendapatan sampingan

Adakah anda berminat untuk membuat pendapatan sampingan?

APAINI?

✅ Jual beli topup dan bayar bil guna wasap sahaja.. Mudah dan cepat.. Jimat..
✅ Twin Topup syarikat berdaftar dengan SSM. Diskaun topup yang tinggi.
✅ Jana income sampingan RM200 - RM1500 sebulan tanpa perlu menyimpan produk!
✅ Pendapatan dan produk mesti beli dan bukan bermusim..
✅ Produk mudah jual. Untuk diri sendiri, keluarga atau rakan sekerja.. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

MACAMANA?

✔ Yuran Pendaftaran RM20 shj.. sekali seumur hidup ( Bank In @ Transfer )
✔ Selesai pendaftaran, anda memperolehi RM10 modal dalam akaun untuk urusan jualbeli.
✔ Sistem mudah dan cepat.. Pembelian Topup, pembayaran bil dan tambah modal guna app wasap shj.. Autoreload, No. Pin boleh  dibeli guna wasap shj.. Tiada caj..
✔ Semua panduan format wasap mudah dan ringkas...
✔ Sistem sama saja seperti kita beli topup dan bayar bil guna mesin epay di petronas dan 7E.. Tapi ini x guna mesin, wasap saja.... Jimat mudah dan untung..

👉 Terus boleh jual topup serendah RM5 hingga RM100. 

Beli dan bayar bil terus dapat diskaun. Lepas habis modal, boleh tambah modal dengan mudah dan cepat tanpa sebarang caj.

✅ Jadilah Pengguna Bijak! Untung Sikit2 Lebih Baik Daripada Tak Dapat Apa2...



👉 CARA MENDAFTAR 👈

1. Bank in @ transfer RM20 ke akaun cimb @ maybank yg diberikan di bawah.
2. Wasap gambar slip bank in @ screenshot transaksi online kpd no ni (013-9082513)
3. Bagi nama dan no tel yang mahu didaftarkan.
4. Tunggu proses pendaftaran dan mesej dari syarikat.